Isnin, 4 Mac 2013

5 CARA MENGATASI SELESEMA DAN HINGUS BAYI


Dalam tempoh setahun, bayi sering bermula dengan selsema, berhingus dan menyebabkan mereka sukar bernafas. Ini seringkali berlaku kerana bayi belum pandai untuk menghembus cairan dalam hidung iaitu hingus. Kadangkala kesian kan bila tengok anak-anak kita menangis kerana tidak selesa dengan selsema yang mereka hadapi. Terdapat 5 cara untuk mengatasi hingus yang tidak selesa dan kesukaran bernafas akibat dari selsema.

5 CARA MENGATASI SELESEMA -  oleh Jackie Walsh, Pelawat Kesihatan

1. Breastfeed/BF bayi dengan Air Susu Ibu (ASI) sekerap dan selama yang boleh kerana ASI mempunyai antibodi dari ibu yang kebal dari penyakit.

2. Jauhkan bayi yang berumur bawah 3 bulan dari sesiapa sahaja yang menghidapi selsema atau berhingus.

3. Jangan merokok! Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan cenderung mendapat selsema dari bayi lain yang tidak terdedah dengan nikotin.

4. Basuh tangan anda sebelum memegang bayi anda terutamanya selepas batuk, bersin atau mengelap hidung.

5. Balut badannya agar berasa hangat – Menurut kajian baru-baru ini, tindakan ini benar-benar membantu bayi selsema yang berada di teluk. Jangan biarkan kakinya basah kerana jika dibiar basah akan mengundang 3 kali selsema yang lebih teruk.

Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dari selsema yang teruk. Jangan lupa makan ubat yang diberikan doktor dan sekiranya masih selsema lebih dari 3 hari, sangat wajar dirujuk semula dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang selsema yang teruk akan menghasilkan kahak yang banyak melalui paru-paru si kecil. Itukan boleh mengundang bahaya buat anak-anak kita. Perhatikan mereka, sayangi mereka, peluklah mereka terutamanya ketika mereka sakit dan tidak selesa dengan selsema. Si kecil akan berasa lebih selamat!

Selain itu, ibu yang menyusu juga digalakkan mengambil suplemen seperti omega guard, vitalea, vitamin c dan b complex yang dapat meningkatkan imun ibu dan bayi.

OMEGA GUARD - fungsinya yg dapat memanaskan dada, minyak ikan yang paling tulen.
VITALEA - multivitamin tang lengkap.
VITAMIN C - meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan selesema dan alahan.
B COMPLEX - memberi tenaga.


Apa yang diamalkan oleh ibu akan membantu bayi yang disusukan. perlu diingatkan agar tidak memberikan sebarang ubat atau suplemen kepada bayi bawah 1 tahun. susu ibu adalah penawar yang terbaik ;) untuk tempahan dan konsultasi, hubungi saya. konsultasi khas hanyac diberikan untuk pelanggan saya ;)

nazirah abdullah
shaklee independant distributor
azrinaz86@yahoo.com
013-353 2798



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...